KENYATAAN NAZIR MASJID KOTA DAMANSARA




Adalah saya selaku nazir Masjid Kota Damansara dan jawatankuasa ingin merujuk kepada isu larangan penggunaan azan oleh orang bukan islam yang kononnya didalangi oleh Teresa Kok @ DAP seperti yang diwar oleh Melayu Net dalam laman ini dan juga kenyataan Bekas Menteri Besar Selangor (Khir Toyo) dalam Utusan Malaysia bertarikh 9.9.2008.

Pihak jawatankuasa masjid melihat isu yang sengaja ditimbulkan oleh pihak yang kecewa ini berniat jahat, fitnah dan cuba menimbulkan suasana tidak harmonis dan prajudis dikalangan pelbagai bangsa di Kota Damansara.

Adalah amat malang lagi dangkal seorang bekas Menteri Besar (Khir Toyo) boleh mengutip khabar angin (berita sampah) lalu bersedia untuk menjadi jaguh mempertahankan islam. Walhal sejarah telah terpahat tentang isu menutup surau, menangkap penceramah, mengadakan pelbagai sekatan terhadap perkembangan syiar islam, zakat dijadikan senjata mengugut pelajar Al-azhar yang tidak sehaluan (banyak lagi) sewaktu beliau berkuasa di Selangor dulu.

Sebenarnya apa yang berlaku bukan atas tekanan dan bantahan oleh orang bukan islam, tetapi sistem pembesar suara masjid dalam proses ujian oleh pihak kontraktor. Untuk makluman semua Masjid Kota Damansara baru 2 minggu digunakan. Sudah pasti terdapat kekurangan dan kelemahan disana sini. Masih dalam jaminan pihak kontraktor selama setahun. Disamping itu, berlaku masalah elektrikal pada pembesar suara ekoran masalah cuaca baru-baru ini.

Bagi mengatasi untuk tujuan kuliah, tarawikh, tazkirah dsbnya, pihak masjid berterima kasih kepada Pengurusan Sekolah Menengah Seksyen 10 Kota Damansara yang bersedia meminjamkan PA Sistemnya. dan telah digunakan dengan sempurna. Insya-Allah sistem pembesar suara masjid dalam proses pembaikan dan dijangka siap pada hari ini (9.9.2008) mengikut janji kontraktor. Namun untuk mengatakan azan tidak kedengaran langsung adalah satu pembohongan kerana pihak masjid menyambug sistem tersebut ke menara.

Justeri itu, pihak masjid meminta Melayu net dan pihak berkenaan memohon maaf diatas fitnah jahat tersebut yang menyebabkan timbul sipa prajudis dikalangan umat islam KOta Damansara.

Sekian, wassalam.

US HAJI HASSAN BASRI @ BASRI MOHD
NAZIR
MASJID KOTA DAMANSARA

—————————————-000000—————————————-

On 8th September ’08, this was said by MKT, the former menteri besar of Selangor:

Ada usaha larang azan di masjid-masjid Selangor

SHAH ALAM 8 Sept. – Kerajaan campuran negeri Selangor diingatkan agar bersikap tegas dengan tidak melayan mana-mana pihak mendesak yang mahukan azan solat di surau dan masjid di negeri itu tidak lagi menggunakan pembesar suara.

Bekas Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Mohamad Khir Toyo membuat desakan ekoran ada usaha pihak yang dipercayai didalangi salah sebuah parti yang membentuk kerajaan negeri itu, membuat petisyen membantah azan di Puchong dan Kota Damansara.

”Bagi UMNO, kita mahukan kerajaan negeri bertegas, jangan mudah mengalah kerana apa yang kelihatan ketika ini PKR (Parti Keadilan Rakyat) seolah-olah mengalah membiarkan sahaja perkara itu berlaku, manakala Pas pula tidak memainkan peranan.

”Ini sesuatu yang menghina Islam sedangkan Islam adalah agama rasmi, mempunyai peruntukan menggunakan Kumpulan Wang Disatukan untuk pembangunan,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau diminta mengulas beberapa laporan mendakwa azan di Masjid Seksyen 5, Kota Damansara yang baru siap dan digunakan menjelang Ramadan lalu, tidak menggunakan pembesar suara dipercayai mempunyai kaitan dengan bantahan penduduk kawasan berkenaan.

Selain itu, katanya, usaha menyediakan petisyen membantah azan seperti itu juga pernah dilakukan sekumpulan penduduk di Puchong sejak Mei lalu.

”Di Puchong dan Kota Damansara, ada pihak mahu azan di kawasan itu dihentikan atas alasan menganggu penduduk.

”Tetapi saya percaya kalau penduduk yang membuat petisyen itu, mesti ada pihak-pihak yang mendorong mereka untuk berbuat demikian.

”Sedangkan kita mengamalkan kebebasan beragama, apabila ada penganut agama tertentu meraikan perayaan mereka sehingga membawa kepada penutupan jalan, orang Islam tidak membantah,” ujar beliau.

Utusan Online.

————————————–000000——————————————-

Who’s the good muslim and who isn’t? Tough question to answer? Well, let me re-phrase it so we’ll get to the bottom of the matter. One accuses without being specific on whom the accusation is intended for while the other identifies the person and his sins to exonerate the innocent. Gettit!

Yeah, right. Tell it to the cops.

Update: 1700HR 15/09/08.

Further readings on the matter here.