Heavy police presence in KT because of past election violence, says IGP

KUALA TERENGGANU, Jan 5 – The Inspector General of Police Tan Sri Musa Hassan said the heavy police presence for the by-election here is necessary as Kuala Terengganu has a history of election violence.

“We don’t want rioting, stopping of buses, smashing of police cars to happen here,” said Musa referring to the incident that happened in the last general when busses were stopped from entering the district, as they were suspected to be ferrying phantom voters.

“When there is no police, people complain, but when we deploy, they say it’s too many,” said Musa after attending a briefing by Terengganu police chief Datuk Shukri Dahlan.

Sourced from TMI. Full report here.

—ooooo—

HANYA UNTUK SEBUAH KERUSI PARLIMEN, RATUSAN JUTA WANG RAKYAT LEBUR

Dangkal dan sengkek sungguh pemikiran seorang Menteri Besar yang diangkat menjadi Menteri Besar bukan atas sokongan Barisan Nasional itu. Dia lupa diri bagaimana hanya untuk meletakkanya sebagaiMenteri Besar seluruh Terengganu jadi kecoh dan tercetus budaya caci mencaci membabitkan kemuliaan istana.

KAMAL AMIR MENULIS

SEKALI lagi secara terang wang rakyat dibazirkan. Hanya untuk sebuah kerusi Parlimen bagi pilihanraya kecil maka pimpinan kerajaan hari ini sanggup menghabiskan jutaan wang rakyat semata-mata sebagai upaya meraih sokongan. Selain dari hamburan dan taburan wang ringgit untuk mempastikan berbondong-bondong rakyat dari kawasan luar diangkut ke Kuala Terengganu, tidak terkecuali adalah janji seribu mimpi pelbagai peruntukkan diumumkan bakal diperolehi oleh pengundi kawasan Parlimen tersebut.

Sebagaimana lazimnya menurut laporan di media massa lebih dari lima ribu anggota keselamatan (pasukan polis) dipunggah ke Kuala Terengganu atas alasan mahu menjamin keselamatan. Selain para pegawainya di tempatkan menginap di hotel mewah turut disedaikan kemah-kemah seperti musim haji di Arafah disediakan bagi tempat tinggal anggota polis yang berkampung selama lebih sepuluh hari di Kuala Terengganu.

Melihat dari persiapan yang diatur kita dapat menjangkakan hanya bagi kos mengangkut dan memunggah anggota pasukan keselamatan siap dengan senjata dan perisainya serta kenderaan sebegitu banyak ia pastilah melibatkan wang rakyat jutaan ringgit bagi tujuan tersebut.

Bagaimana pula dengan kehadiran Menteri-menteri, Timbalan Menteri, Setiausaha –setiausaha politik menteri, anggota kaum kerabat di pejabat menteri, apakah kehadiran  mereka ke Kuala Terengganu dibiayai oleh wang  dari kocek sendiri atau peruntukkan kerajaan seperti kos penerbangan, minyak kereta, pemandu mahupun tempat pengginapan?

Datuk Hishamuddin mengumumkan ratusan juta ringgit diperuntukkan bagi rakyat  Terengganu sebagai usaha memancing undi, beberapa orang Menteri yang berada di  Kuala Terengganu juga tidak terkecuali turut sama dalam pesta menabur seribu janji musim bulan madu. Jika dicongak dan dihitung ia mencapai ratusan juta ringgit. Apakah itu bukannya datang dari hasil cukai yang dikutip dari setiap  rakyat? Apakah hanya  untuk sebuah kerusi Parlimen maka sebegitu banyak wang rakyat dihamburkan?

Lebih melucukan apabila Menteri Besar Datuk Muhamad Said menjadi badut politik yang cukup comot lagi  berlendir oleh nanah-nanah politik songsangnya apabila mengumumkan bahawa peruntukkan sejumlah 5.3 juta yang disedaiakan  oleh kerajaan negeri adalah untuk dinikamati oleh para pengundi di kawasan Parlimen tersebut sekiranya memilih calon Barisan Nasional.

Hampeh dan cukup menjijikkan apabila ungkapan kerajaan Barisan Nasional akan membayar sokongan para pengundi yang memilih calonnya sahaja dan sekali gus ia turut menggambarkan seolah-olah jika rakyat Kuala Trengganu tersalah pangkah memilih calon pembangkang maka mereka akan di hukum untuk merasa kempunan dengan jumlah wang sejumlah 5.3 juta ringgit itu.

Dangkal dan sengkek sungguh pemikiran seorang Menteri Besar yang diangkat menjadi Menteri Besar bukan atas sokongan Barisan Nasional itu. Dia lupa diri bagaimana hanya untuk meletakkanya sebagai Menteri Besar seluruh Terengganu jadi kecoh dan tercetus budaya caci mencaci membabitkan kemuliaan istana.  Mohd Said lupa bahawa dia berada di anjung kuasa di negeri Terangganu bukan atas sokongan dan kehendak pemimpin Barisan Nasional tetapi kerana rakyat yang memilihnya.

Tanpa rakyat bersedia memberi sokongan kepadanya sudah pasti dah lama dia tersingkir atau terlungkup? Apakah dia lupa betapa kecewanya hati dan perasaannya apabila Presiden Umno dan Setiausaha Agung Umno berserta pimpinan yang ada hari ini mahu memecatnya dari menjadi ahli Umno seandainya dia tetap bertegas mahu mengangkat sumpah sebagai Menteri Besar?

Baru lima enam bulan peristiwa tersebut dialaminya, mungkin dakwat perlantikkannya sebagai Menteri Besar Terengganu belum kering lagi diatas watikah istana, sebaliknya Mohd Said sanggup melukakan hati rakyat dengan ocahan dan melontarkan kenyataan sebegitu jijik di musim pelan peralihan kuasa bakal berlaku dan di musim rakyat sudah berani menghukum pemimpin dengan slogan “suara rakyat kuasa keramat”.

Kembali menyorot cerita sebegitu ramai anggota polis dikerahkan dan dipunggah ke Kuala Terengganu musim pilihanraya kecil Parlimen di situ timbul persoalan apakah rakyat dan pengundi di kawasan tersebut benar-benar jahil serta tidak bertamadun untuk mesti dikawal selia dan dipasung kebebasan mereka dalam sistem demokrasi yang hakiki?

Apa jadahnya sebegitu ramai anggota polis diperlukan? Tidak cukupkah dengan kawalan seperti biasa atau paling tidakpun cukup sekadar dua tiga ratus anggota polis disediakan sebagai membantu pengundi dan rakyat Kuala Trengganu agar mematuhi undang-undang yang sedia termaktub sejajar dengan perlembagaan negara.

Perlu apa pihak kerajaan memunggah anggota polis seolah-olah bakal berlaku peperangan seperti yang tercetus di Gaza oleh rejim Israel. Apakah rakyat tidak memahami hukum hakam dan para penyokong akan bertempur serta berbunuh-bunuhan sesama sendiri hanya untuk sebuah kerusi Parlimen? Cukup tidak masuk akal rasanya apabila kenyatan demi kenyataan yang berbaur ungutan kononnya demi menjamin keselamatan pihak yang berkuasa akan melakukan tindakan apa cara sekalipun.

Sudah terlupakah pihak polis bagaimana peristiwa tembakan terhadap Azman dan Subandi yang masih belum selesai kesnya dimahkamah kesan ditembak dengan peluru hidup dan terpasung untuk beberapa hari?

Tanpa sebarang provokosi dan ocahan pihak-pihak tertentu pastinya hari pencalonan dan musim pilihanraya kecil Kuala Terengganu akan berada ditahap yang selamat. Kalaulah musim pilihanraya umum lalu seluruh negara melaksanakan hari penamaan calon dan membuang undi, ratusan ribu pentas kempen di buka dengan pelbagai penceramah melontarkan seribu satu cerita politik tidak termasuk kegiatan berkempen rumah kerumah, tidak pula terdengar adanya kes berbunuh-bunuhan antara penyokong Barisan Nasional dan parti pembangkang.

Masakan situasi tersebut tidak boleh terjelma dimusim pilihanraya kecil kali inidi Kuala Trengganu. Setiap mereka yang hadir ke Kuala Trengganu adalah merupakan  rakyat cinta damao yang tahu batas-batas dan kebebasan yang ada sempadannya. Untuk itu tidak perlulah dipunggah sebgitu ramai anggota pasukan keselamatan berkubu dan bertaburan di Kuala Trengganu. Rakyat tetap akan mempastikan pilihanraya kecil  Parlimen Kuala Trengganu  tetap berjalan dengan aman dan tenteram.

Janganlah hendaknya pihak yang berkuasa melihat rakyat negara ini tidak bertamdun serta sanggup melakukan tindakan yang bukan-bukan atau ganas. Rakyat tahu memilih siapa yang mereka mahu angkat sebagai pemimpin. Pentas politik hari ini tidak memerlukan retorika bangsat yang memainkan isu perkauman atau chauvanis. Rakyat nampak siapa pemimpin berjiwa rakyat dan siapa pemimpin perampok sebegitu lahap wang rakyat……!

Usahlah bermain dengan sentimen tidak menentu dan ugut mengugut seperti yang dihamburkan oleh beberapa orang pemimpin sengkek lagi dangkal seperti Mohd Said. Bagi rakyat cinta damai mereka tetap akur bahawa “suara rakyat kuasa keramat” dan angin perubahan bukan sesuatu yang boleh dicanai dengan umpanan janji projek serta taburan wang ringgit. Rakyat dahagakan kepimpinan yang jujur serta meletakkan keperihatinan terhadap untung nasib rakyat. Usahlah diperlekeh pemikiran kerana mereka tidak jumud. Sebaliknya hari ini kepongahan pemimpin yang korup dan jumud kian terdedah…… selamatkan demokrasi dibumi tercinta Malaysia.

Sourced from M-T here.

—00000—

Hmmm… it’s no wonder that this bloke got whacked elsewhere by another type of unruly mob.

Sooo.. do any of you guyz know or are reliably informed on exactly how much BN is throwing into this by-election to prop up NTR’s stature as the PM-in-waiting who was NEVER elected by Malaysian citizens (to lead BN) in GE12? RM50 million.. 100 million.. 1.3 billion? If yer not happy,  there’s no point in getting mad about it. Just get even and sign this.

And go here (updated – and more over here) to get the latest info, crowd estimates and cooool pics of KT submitted by the Barisan Rakyat Bloggers team. The other team from BN couldn’t make it there, I hear.

Nuff said.