Selepas diberitahu oleh beberapa pihak tentang Calon BN tolak jemputan MAMPAT untuk berdebat isu royalti minyak MAFREL minta komen dari Pengerusi MAMPAT Cikgu Fauzi, yang berkata beliau tetap tunggu reaksi bertulis dari calon BN tersebut selepas menghantarkan surat jemputan debat itu melalui beberapa saluran yang `kuat’. Beliau kata dia belum nampak apa-apa reaksi calon BN itu secara bertulis -jadi tidak mustahil kiranya calon tersebut bersetuju pada saat-saat terakhir.  Persiapan tentang debat tersebut terus berjalan, menurut Cikgu Fauzi.

(Kenyataan MAMPAT yang disiarkan 2 hari dahulu dilampirkan di sini)

Bismillahirrahmannirrahim. Assalamualaikum w.b.t. dan salam sejahtera

MAMPAT menyambut baik berita penyerahan cek royalti bernilai 408.6 juta pada 12 Disember 2008 lalu oleh Kerajaan Pusat kepada Kerajaan Negeri Terengganu. MAMPAT percaya, penyerahan cek tersebut adalah sangat ditunggu-tunggu dan amat menggembirakan rakyat Terengganu yang telah sekian lama dinafikan hak, bilakah Royalti akan dipulangkan.

Mendapatkan kembali Royalti adalah sebahagian dari komitmen, iltizam dan perjuangan MAMPAT. MAMPAT sebelum ini telah beberapa kali mengadakan program bagi mengembalikan Royalti seperti Konvensyen Royalti, Kempen Kembalikan Royalti Minyak dgn Moto : ” Kembalikan Hak dan Maruah Rakyat Terengganu ”, Kempen Mendapatkan tandatangan 100 000 rakyat Terengganu, Membuat laporan Kepada BPR, Menghantar Memorandum kepada KDYMM Sultan Mizan, Perdana Menteri, Menteri-kmenteri Besar dan lain-lain Yang merupakan Hak Rakyat Terengganu itu dipulangkan. Alhamdulillah kini, perjuangan itu hampir menampakkan hasilnya.

MAMPAT bagaimanapun merasa sedikit terkejut dan kecewa apabila Menteri Besar Terengganu, Dato Ahmad Said menyatakan Terengganu akan menarik kembali saman Kerajaan Negeri terhadap Kerajaan Pusat berkenaan isu Royalti (Buletin Utama, 10 Januari). Bagi MAMPAT, penarikan tersebut adalah sesuatu yang tidak wajar memandangkan isu ini belum selesai sepenuhnya. Bagi MAMPAT, kepercayaan dan keyakinan hanya akan terjawab apabila Royalti benar-benar telah dikembalikan sepenuhnya HAK PENGURUSAN kepada Kerajaan Negeri.

MAMPAT juga merasakan, penerimaan cek RM 408.6 juta tersebut adalah amat sedikit dan masih jauh dari jumlah sepatutnya berjumlah RM 6.218 billion iaitu tunggakan bermula tahun 2000. Bayaran terus oleh Petronas kedalam akaun Kewangan Kerajaan Negeri pula hanya akan berlaku mulai Mac 2009.

(MAMPAT juga difahamkan bahawa sebanyak 700 juta wang royalti minyak telah digunakan kerajaan Pusat untuk membina rumah oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) di negeri lain. 800 juta lagi, dibelanjakan untuk pelbagai projek pembangunan di negeri lain, selain Terengganu. – dituntut kembali)

Keduanya, menerusi Akhbar Ganu Kite (Edisi Khas PRK P036) dimaklumkan sebanyak RM 6.12 billion sudah dimasukkan ke akaun Kerajaan Negeri sejak tahun 2000 (jumlah termasuk cek RM 408.6 juta). Kenyataan ini dilihat sebagai suatu kenyataan yang sangat-sangat mengelirukan.

Memandangkan isu Royalti masih disebut-sebut dan wang berkenaan masih di awang-awangan, MAMPAT merasakan isu ini sewajarnya diperjuangkan sehingga ianya benar-benar selesai.

MAMPAT kira adalah lebih baik untuk menyelesaikan isu ini sebaik mungkin. Untuk menjernihkan keadaan tersebut, MAMPAT berdiri untuk menyelesaikan permasalahan dengan menganjurkan satu Debat Royalti untuk memberi peluang kepada BAKAL MP kita di Kuala Terengganu untuk menjelaskan pendirian masing-masing dan memperjelaskan isu yang sebenar dengan tepat dan jitu.

Debat yang dianjurkan MAMPAT akan dibuat seperti berikut;

Tarikh : 15 Januari 2009
Hari : Selasa
Masa : 8.00 – 11.00 malam
Tempat : Terengganu Equestarian Resort ( TER ), Kuala Ibai

Ahli Panel Cadangan :
i. Yang Berbahagia Dato’ Wan Ahmad Farid Wan Salleh
ii. Yang Berhormat Hj Abdul Wahid Endut

Pengerusi Debat : Dato’ Paduka Prof. Mohamad Abu Bakar

Tajuk Debat : ROYALTI : ANTARA HAK DAN MARUAH RAKYAT TERENGGANU.

Terengganu Kita, Hak Kita Bersama

wassalam

Mohamad Fauzi bin Abu Samah
Pengerusi

Updated: 1900HR 14/01/09.

Related article – BENARKAH ROYALTI MINYAK SUDAH DIKEMBALIKAN?

—00000—

Sooo… who’s going? Be there or be square… Aiyah, Ok lah, let me put it this way. Remember the PKFZ debacle whereby the taxpayers’ were out of pocket to the tune of about RM4.60 billion courtesy of the BN government? Well, this time we’re talking about RM6.12 billion!

Even the Captain is still seethingly peeved with “Ong Takut Kata”!

If it happens and though there may be no definitive conclusion at the end of the debate, look for signs of insincerity from the BN administration which may not be apparent.

And it’s always the body language that gives away the game of subterfuge and obfuscation.

—00000—

MAFREL will be holding a press conference to update civil society in KT and elsewhere at ….. Details, here.

Meanwhile, does anyone know the owner, or rather driver, of this vehicle shown below:

p1120005-2

p1120005-3

Related posting here.