Snippets from MAFREL website:

Click on sub-titles to continue reading.

Di merata-rata tempat di Kuala Terengganu, perang banner, poster dan sebagainya berjalan lancar. Muka calon BN Dato Wan Ahmad Farid tersenyum lebar di serata pelusuk bandar KT. Anehnya: mana muka calon PAS?

Sebenarnya banner dan poster bertemakan hijau dan sesekali dihiasi oleh warna biru muda dan roket penuh di kawasan kawasan DUN. Cuma poster calon PAS itu sendiri-Mohd Abdul Wahid Endut kurang kelihatan berbanding poster Dato’ Wan Ahmad Farid. Ada yang meneka bahawa ini adalah strategi PAS untuk menonjolkan parti lebih daripada calon. Ini mungkin tidak berapa baik sebab pengundi mesti ingin mengetahui bandingan peribadi antara calon-calon juga. Teka-teki ini dihentikan oleh sumber dari pihak yang boleh dipercayai dari PAS: sebenarnya calon PAS tidak sempat mencetak poster-posternya! Poster-poster baru calon PAS Abdul Wahid Endut akan keluar dalam `pasaran’ besok! Pembaca-pembaca dijemput menjadi saksi samada ini akan jadi atau sebaliknya!

… sambungan di MAFREL.

Majlis Permuafakatan Rakyat (MAMPAT) mencabar calon-calon KT untuk berdebat tentang isu royalti minyak! Pertubuhan bukan kerajaan ini menganjurkan satu sidang akhbar sebentar tadi di Terengganu Equastarian Resort, Kuala Ibai untuk melemparkan cabaran ini kepada kedua-dua orang calon utama.

… sambungan di MAFREL.

Tengah hari tadi, kami sempat meninjau proses pengundian secara undi pos yang diadakan di Balai Polis Besar Kuala Terengganu.

Tinjauan mendapati proses berjalan lancar. Pemerhati MAFREL dibenarkan untuk membuat pemerhatian di sekitar bilik mengundi namun tidak dibenarkan masuk ke dalam kawasan bilik mengundi.

… sambungan di MAFREL.

Updated – 2145HR 13/01/09: (Full text)

Insiden salah-laku pilihanraya di KT?

Petugas-petugas MAFREL telah menjadi saksi kepada beberapa insiden yang disyaki sebagai gejala salah laku pilihanraya yang membimbangkan dalam beberapa hari ini:

1. Program `e-book’ diiklankan sebagai program pelopor yang bermula di KT –apakah ini kebetulan atau program memancing undi dengan menyalahgunakan sumber kerajaan oleh parti yang berkenaan?
2. 2 orang polis `outrider’ dilihat petang ini membuka jalan untuk seorang ketua kepada parti yang bertanding. Adakah ini satu salahguna protokol kerajaan waktu berkempen untuk parti atau kunjungan tersebut kebetulan dengan pilihanraya kecil sekarang?
3. Sebuah bilik gerakan parti dilihat dibuka di perkarangan bangunan yang dikatakan milik MARA di Batu Buruk, iaitu bangunan milik kerajaan. Adakah ini kebetulan atau …

4. Sebuah kereta 4-wheel drive yang ditanda sebagai kereta Jabatan Perdana Menteri dilihat di kawasan KT-adakah ini kebetulan atau salahguna jentera kerajaan pula? Kereta-kereta lain dari berbagai kementerian(termasuk satu dari Jabatan Koperasi) juga turut dikesan oleh petugas MAFREL, sungguhpun bukan semuanya dapat dirakam;

Kami jemput semua pembaca sini untuk menghantarkan insiden-insiden yang disyaki melanggar prinsip pilihanraya yang adil dan bebas kepada kami di Mafrel supaya gejala-gejala begini dapat dikesan dan dicegah!

Sila hubungi hotline 24-jam kami 019-9398220(Sufian).